Tersebutlah sebuah cerita dongeng, kononnya di negara China pada zaman dahulu ada seorang budak yang memiliki sebatang pena ajaib. Keluarganya sangat miskin. Ibu bapanya bekerja sebagai petani menanam padi. Tanah yang mereka usahakan untuk menanam padi itu sempit sahaja. Tanaman mereka pula kadang-kadang mengeluarkan hasil yang sedikit. Adakalanya, tanaman mereka musnah akibat banjir. Namun demikian, mereka tetap tabah menghadapi kesusahan hidup. Pada suatu ketika, musim banjir berlaku lagi. Tanaman mereka habis musnah. Meskipun mereka berasa sangat sedih, namun mereka tetap tabahkan hati. Mereka menganggap kejadian itu sebagai takdir daripada Tuhan untuk menguji hidup mereka. Budak itu turut bersedih atas nasib yang dialami oleh ibu bapanya. Pada sebelah petangnya, dia pergi ke ladang itu. Dia ingin cuba mencari, kalau-kalau masih ada padi yang belum rosak. Dia cuba mencari. Alangkah gembira hatinya kerana menemui beberapa tangkai padi yang belum rosak. Tanpa berlengah lagi, dia segera mengambilnya dan membawanya pulang.
"Ibu bapaku tentu gembira kerana padi ini boleh disimpan. Padi ini boleh dijadikan benih," katanya dalam hati. Di pertengahan jalan, dia terjumpa seorang lelaki tua. Pakaian lelaki tua itu bercompang-camping. "Orang tua ini tentu sangat miskin," fikirnya dalam hati. "Tolonglah aku!" orang tua itu merayu. "Apakah yang boleh saya tolong?" dia bertanya kepada orang tua itu. "Aku sangat lapar. Sudah beberapa hari aku tidak makan," kata orang tua itu. "Tetapi saya tidak mempunyai makanan," dia memberitahu orang tua itu. Namun demikian, lelaki tua itu berkata, "Bukankah engkau sedang membawa beberapa tangkai padi?" "Ya, tetapi saya hendak jadikan padi ini sebagai benih!" dia memberitahu hasratnya. Lelaki tua terus berkata lagi, "Berikanlah kepadaku. Padi itu boleh kutanak menjadi nasi." Budak itu berasa kasihan kepada orang tua tersebut. "Baiklah, kalau begitu!" dia terus memberikan padi itu kepada orang tua tersebut. Orang tua itu mengucapkan terima kasih dan terus pergi dari situ. Selang beberapa lama kemudian, datanglah beberapa orang pengawal raja ke rumah budak itu. Pengawal itu memberitahu kepada ibu bapanya, "Besok sediakan padi sebanyak sepuluh guni. Ini adalah perintah daripada raja. Jikalau kamu ingkar, kamu akan dijatuhi hukuman pancung." Takutlah mereka mendengar amaran itu. Mereka tahu raja di negeri itu sangat zalim. Sesiapa yang tidak taat kepada perintahnya akan dihukum mati. "Tolonglah kami!" bapa budak itu cuba merayu. "Sekarang musim banjir. Tanaman tidak menjadi. Kami tidak mampu menyediakan padi sebanyak itu," bapanya cuba merayu lagi. Namun pengawal itu berkata dengan keras, "Kami tidak peduli. Kamu mesti patuh kepada perintah raja." Para pengawal itu terus pergi. Sedihlah hati budak itu. Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi. "Matilah kita sekeluarga kali ini!" kata bapanya. Malam itu, mereka tidak tidur. Mereka menunggu kedatangan para pengawal untuk menangkap mereka pada waktu pagi. Tetapi pada pagi itu, sebelum para pengawal itu tiba, datang orang tua miskin dahulu ke rumah mereka. "Wahai budak yang sangat baik hati! Dahulu, kamu pernah menolongku sewaktu aku dalam kesusahan. Sekarang giliranku pula untuk menolongmu. Ambillah pena ajaib ini! Aku hadiahkan kepadamu sebagai balasan atas budi baikmu dahulu," kata orang tua itu.Lukislah apa sahaja yang kamu mahu," kata orang tua lagi. Sebaik-baik sahaja selepas berkata demikian, orang tua itu pun terus pergi dari situ. Termenunglah budak itu memikirkan peristiwa itu. Ibu bapanya turut berasa hairan. Benarkah pena ini ajaib?" bapanya bertanya. "Entahlah!" kata budak itu. "Kalau begitu, mengapakah kamu tidak cuba lukiskan sesuatu?" ibunya pula mencelah. Budak itu pun segera mengambil beberapa helai kertas. "Saya lapar. Saya teringin makan daging itik," dia cuba melukiskan gambar seekor itik. "Bapa mahu makan buah limau. Cuba kamu lukiskan sebiji limau," ujar bapa."Ibu pula mahukan sepasang pakaian baharu," ibunya memberitahu dengan perasaan malu-malu.Budak itu melukiskan gambar buah limau dan sepasang pakaian pula. Terkejutlah mereka kerana lukisan itu tiba-tiba sahaja betul-betul bertukar menjadi seekor itik, sebiji limau, dan sepasang pakaian. "Wah, betul-betul ajaib!" kata mereka dengan perasaan gembira. Tidak lama selepas itu, datang para pengawal raja ke rumah mereka. "Sudahkah kamu sediakan sepuluh guni padi?" pengawal itu bersuara keras. "Belum!" jawab bapa budak itu dengan ketakutan. "Sekarang aku akan pancung kepala kamu!" kata pengawal itu lagi. "Tunggu dulu!" budak itu segera menyampuk."Tunggu apa lagi?" pengawal itu benar-benar berasa marah.”Aku akan sediakan sepuluh guni beras yang kamu minta itu," ujar budak itu lagi. Tanpa berlengah lagi, budak itupun segera melukiskan sepuluh guni beras. Pengawal itu semakin marah, "Kamu fikir aku ini bodoh? Apa aku boleh buat dengan sepuluh guni beras dalam kertas lukisan ini? Kamu pun harus kupancung juga." Tetapi lukisan itu kemudiannya betul-betul bertukar menjadi sepuluh guni beras. Terkejutlah para pengawal itu menyaksikan peristiwa tersebut. "Wah, pena kamu ini betul-betul ajaib!" kata pengawal itu. Tanpa berlengah lagi, para pengawal itu segera memunggah semua guni beras tersebut. Mereka lalu cepat-cepat pulang ke istana. Mereka memberitahu peristiwa ajaib itu kepada raja. Tercenganglah raja apabila mendengar berita itu. "Sekarang kamu pergi ke sana semula. Perintahkan budak itu supaya lukiskan seratus guni padi pula untuk beta," titah raja itu. Para pengawal itu pun segera menunaikan titah tersebut. "Sekarang raja perintahkan kamu supaya lukiskan seratus guni padi pula. Jika tidak, kamu akan dipancung," pengawal itu mengarahkan demikian.Tidak lama kemudian, mereka membawa pulang seratus guni padi kepada raja. Tercenganglah raja apabila melihat seratus guni padi itu. Barulah baginda benar-benar percaya bahawa pena yang dimiliki oleh budak itu adalah pena ajaib. Semenjak itu, bahagialah hidup budak itu bersama-sama dengan ibu bapanya. Dengan adanya pena ajaib itu, mereka dapat memiliki apa sahaja yang mereka mahu. Malah, budak itu tidak lupa untuk menolong penduduk kampungnya yang hidup miskin. Budak itu melukiskan pelbagai jenis makanan dan haiwan ternakan untuk penduduk kampung. Setiap hari, berduyun-duyunlah penduduk kampung datang meminta pertolongan daripada budak itu. Tidak berapa lama kemudian, raja menitahkan budak itu datang ke istananya. "Beta ingin menyerang sebuah negeri lain. Lukiskan untuk beta seratus ribu orang tentera, seratus ribu senjata, dan seratus ribu ekor kuda," titah raja.Baiklah, tuanku!" kata budak itu. "Tetapi patik minta tempoh selama sepuluh hari," kata budak itu lagi. "Mengapakah masanya begitu lama?" raja itu bertanya dengan perasaan marah. "Jumlah tentera, senjata, dan kuda itu sangat banyak. Patik tidak boleh menyiapkan lukisannya dalam masa satu hari," jawab budak itu. "Baiklah, kalau begitu!" raja itu bersetuju. Budak itu pun segera pulang ke rumahnya. Dia memberitahu hal itu kepada ibu bapanya. "Lukiskanlah semua gambar itu. Kalau tidak, kita akan mati dipancung oleh raja," kata bapanya. Tetapi budak itu tidak mahu berbuat demikian. "Mengapa pula kamu enggan melukiskannya?" tanya bapanya. "Ramai orang akan mati, kalau diserang oleh raja itu," jawab budak itu."Kalau begitu, apakah yang harus kita lakukan?" ibunya berasa sangat takut. "Ya, kita tentu akan mati dipancung oleh raja!" ujar bapanya lagi. "Kita harus lari dari sini!" jawab budak itu. "Bagaimanakah caranya kita hendak melarikan diri?" tanya bapanya. Tanpa berlengah lagi, budak itu pun segera melukiskan gambar sebuah kapal dan laut. Apabila sudah siap dilukis, di hadapan mereka betul-betul terdapat sebuah kapal dan laut. Mereka segera menaiki kapal itu dan terus melarikan diri dari negeri itu. Mereka terselamat daripada raja yang zalim itu. "Budak itu sudah melarikan diri!" para pengawal memberitahu raja. Raja itu tersangat marah. Tetapi baginda tidak dapat berbuat apa-apa. Baginda tidak tahu ke manakah budak itu bersama-sama ibu bapanya melarikan diri.

Disampaikan semula oleh:
NAMA:JAYANTHY A/P KRISHNAN
TINGKATAN:1GEGABAIT
NAMA:JAYANTHY A/P KRISHNAN
TINGKATAN:1GEGABAIT
1 comment:
Terima kasih berkongsi artikel ini
Post a Comment