Sunday, September 23, 2007

SI TANGGANG






Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.
Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.
Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.
“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira.
Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.

“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.
“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.
“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.
Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali.
“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.
“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.
“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.
Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.
Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”
Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
“ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.
Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Diusahakan bersama oleh
NURUL ATIQAH dan NURUL SOFEA
1 SIBER 2007

39 comments:

murnie sangat said...

di mana saya boleh dptkan buku si tanggang?dah lama tak baca buku kisah rakyat.baca masa kecik2 dulu.

Larno Anggoro Palguno said...

Buku sumbernya dari mana ya?

Anonymous said...

Dari perpustakaan kot..!!

Unknown said...

tak best saya ada cerita ini dalam buku psk saye

Unknown said...

tak best saye ada cerita ini dalam buku psk saye

Anonymous said...

terimakasih gan infonya menarik jangan lupa mampir ke http://girimiharja.student.ipb.ac.id

Unknown said...

Saya ingin memiliki buku ini. Dimana syah bisa mendapatkan?

Unknown said...

aq nk bwat kerja kursus pasal cerita rakyat... citer ni sesuai x????????

Unknown said...

sitanggang atau ceritanya malin kundang sama ya.????

Unknown said...

Koq macam seprti cerita maling kundang dari indonesia boleh tau tidak dimana patung atau batu sih tangga itu jika maling kundang sudah terbukti ada tubuhnya yg berbentuk batu sedang sujud di daerah sumatra

fadli zarli said...

patung malin kunddang di pantai air manis kota padang

afzaffieqah_arshad19 said...

assalamualikum
adakah cerita tentang si tanggang ini benar

afzaffieqah_arshad19 said...

boleh terangkan serba sedikt tentang doa sakti seorang ibu

afzaffieqah_arshad19 said...

sila berikan respon

Unknown said...

di mana muara sungai

Unknown said...

Mungkin saja si Tanggang ini adalah Malin kundang,berasal dari muara sungai padang merantau ke malaka.Seperti kita tahu,leluhur rakyat melayu banyak yg datang dari pagaruyuang atau minangkabau.

Hermansah Tinambunan said...

Mohon maaf teman2, setahu saya sitanggang itu adalah salah satu marga orang batak, jadi jangan salah yah, malin kundang yah malin kundang, sitanggang yah sitanggang, sitanggang itu berasal dari sumut bukan padang atau sumbar

Unknown said...

Si Tanggang ni macam sbiji kakak long aku tu.. bapa sakit tenat kat hospital call dia datang tapi kata sibuk dan minta kita jangan berharap dia akan berkongsi duit perbelanjaan hospital bapa kita. Sendiri pakai pakaian & hiasan semua branded. Dan lawat mak bapa sekai setahun sejak kahwin. Skarang dikatanya takmau datang lago tengok mak bapa selamanya.

Unknown said...

Woi itu cerita dari indonesia dasar maling

Unknown said...

Yang berhampiran dengan rumahnya sitanggang pergi berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya

childsplay83 said...

Why the fuck the wife and the whole anak anak kapal becomes batu as well?!?! What kind of tuhan is that?!

TEGUH said...

Namanya juga malaysia ..ora maling ora smile

Unknown said...

J

Unknown said...

Hahah orang indonesia berlaguk amat ngak sedar miskin tapi berlaguk kaya..patutlah disumpah sama ibu dan bapa..jadi batu..kerana ngak ngaku ibu dab bapa mu orang susah.kesian amat orang indonesia ni ya..jahat amat sampai ngak ngaku ibu dan bapa kesian sungguh.dasar anak derhaka kamu..

Unknown said...

udah ngaku2 tapi malah ngatain hadeh

Unknown said...

It very inspiring myself to be a good son for my parent

Unknown said...

Dulu tak ada indonesia atau malaysia kawan, cerita ini warisan masyarakat nusantara.

Unknown said...

Tak belajar sejarah kah?

Unknown said...

Tak ada asap kalau tak ada api hadeh.

Unknown said...

ya agaknya

Unknown said...

Nnnnnnnnnnnnnnnnnooooooookkkkkkk

Unknown said...

Fuck you

Unknown said...

Wah🤩🤩🤩bestnya cerita ni

genji said...

awek saya pun dh jadi batu lepas denga cite ni

Bayu hermawan said...

Ada cerita yang bagus

Unknown said...

Saya orang Batak bermarga Sitanggang,,,Di Indonesia tepatnya di Sumatera Utara, di Tengah Danau Toba ada Pulau Samosir...Marga kami (family name) itu Sitanggang...ada banyak Sitanggang di Pulau Samosir, tapi tak pule anak durhake..hahaha

Miao said...

Sitanggang ini mirip kisah si mardan kisah anak durhaka di tanjung balai Asahan sumatera utara.
Menurut kisah orang tua² dulu simardan ini merantau ke tanjung balai yang adalah kota pelabuhan,,dan pintu masuk ke Malaysia dan Singapura melalui jalur laut.termasuk atok ku dulu jadi nahkoda kapal juga.
Karena dia rajin maka nahkoda kapal menyukainya, Simardan masuk islam dan nahkoda menjadikannya menantu.dan memberikan kapal untuk di nahkodai.saat Simardan sukses ada orang dari kampung nya yg juga merantau ke tanjung balai menceritakan kesusksesan Simardan pada ibunya dan ibunya datang mengunjungi nya ketanjung balai.karena Simardan malu melihat penampilan ibunya yang kotor dia tidak mau mengakui nya.simardan dikutuk dan kapalnya tenggelam.
Lalu kapalnya tenggelam di muara sungai,dan bertahun² kemudian karena pasir yang dibawa arus sungai berkumpul menimbulkan sebuah pulau yang disebut pulau simardan.
Kalau kata kawan ku yang orang batak si mardan bermarga Sitanggang.tapi dikampung kami ditanjung balai gak ada yg tau simardan itu orang bermarga atau tidak.jadi gak tau apakah kisah Sitanggang ini berasal dari kisah simardan atau bukan,tapi kisah ini sangat mirip.

Unknown said...

Maaf ya tapi bangsa Indonesia cukup suka datang dan buat tuntutan bahawa "itu dan ini", dari makanan sehinggalah ke cerita si Tanggang ini, kononnya berasal dari Indonesia. Tak habis-habis.
Kalau nak tuntut cerita si Tanggang ni, buatlah cerita sendiri. Mungkin cerita kalian versi lain, kami Malaysia versi lain. Tak kisahlah. Cerita dongeng sahaja pun. Malah, kalau masih bertegas nak tuntut juga cerita dongeng ini berasal dari sana, AMBIL LAH semua. Tak matilah kami tanpa cerita ini.

Malingsia said...

Tak payah lah nangis, kita semua dah tau kalian suka claim apa apa dari Indonesia, utk cerita ni memang lah versi Malaysia, kalian ganti ganti aja nama karakter dan tempat kejadian dalam kisah tu. Jadilah versi kalian 😁😁👍